Aku menulis di sini sebab aku dah tak tau macam mana lagi nak lepaskan geram hati aku ni kat seorang hamba Allah ni. Lama aku pendam, tapi akhirnya tak tahan lalu aku luahkan di sini. Hmmm, aku mengeluh lagi.
Memang betul tu. Tapi rasanya aku ni taklah sejahat mana pun, tapi lelaki yang datang dalam hidup aku semuanya manusia yang sekadar nak puaskan nafsu je. ( kecuali seorang ). Apa dorang ingat perempuan ni tempat nak lepaskan nafsu je? Takda hati dan perasaan ke korang ni weyh? Lelaki yang betul2 sayangkan perempuan akan jaga maruah perempuan tu, bukan merosakkannya.
Aku tanak tunding jari pada mana2 lelaki, cukuplah aku nyatakan secara umum apa yang aku rasa. Sejujurnya aku rasa amat cemburu pada teman2 yang sudah mempunyai pasangan masing2, ada yang telah cecah lebih dari 4 tahun. Kenapa aku tak macam tu? Ya, aku tahu jodoh aku belum sampai lagi. Selama ini hati ini begitu gembira jalani hidup berseorangan, tapi sejak si dia datang untuk meminta peluang menjadi kawanku dan niat hendak mengenali diriku dengan lebih mendalam, aku berikan dia peluang itu disebabkan kesungguhan yang ditunjukkan. Setelah seminggu lebih, dia tunjukkan perangai sebenar dia.
Lelaki baik untuk perempuan yang baik

Ya, aku dah tewas sekali lagi. Aku menyerahkan hati aku tapi tak bermakna aku menyerahkan segalanya kepada dia. Aku ingat Allah, aku ingat ibu bapa aku, aku jaga maruah diri. Kau nak sangat 'benda' tu, carilah, carilah orang lain, bukan aku, aku tekankan sekali lagi BUKAN AKU! Alhamdulillah, Allah tunjukkan padaku perangai dia awal2 sebelum aku lebih sayangkan dia. Ya, aku sayangkan dia, aku tak dapat sangkal tu lagi, tapi aku tahu itu semua permainan syaitan untuk lebih menyesatkan aku. Dan atas sebab itulah aku tekad untuk menjauhkan diri dari kau, kerana KAU tak layak untuk AKU!