blog

penyinggah

Thursday, 19 July 2012

Perang!

Paintball




Lepas tu pergi mandi sungai untuk menyegarkan badan. Best giler woi! Thanks to FY engineering team shift B :)



Sunday, 8 July 2012

Susah nak puaskan hati semua

Manusia dianugerahkan perasaan,
Sesuatu yang amat memerlukan perhatian,
Sekali ianya telah dihancurkan,
Maka binasalah badan.


Manusia dianugerahkan hati,
Sesuatu yang amat sensitif,
Sekali ianya telah disakiti,
Maka sifatnya terus akan pasif.


Tujuan aku menulis ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap segelintir pihak yang tidak membenarkan aku rapat dengan mana2 orang baru yang aku kenali di tempat baruku. Ye, aku tahu mereka telah lama makan garam dari padaku, tetapi salahkah ku untuk berkawan sahaja dengan mereka?Aku tidak ada niat lain melainkan kawan semata-mata. Aku kesunyian jadi apa salahnya aku keluar menghiburkan hati bersama rakan baru. Kerapatan aku disalah ertikan dan menimbulkan ketidak puasan hati setengah pihak. Ada yang mulai jauhkan diri dariku dan tak kurang juga yang terus mengkritik untuk menjatuhkan aku. Ye aku tahu yang mereka tu kebanyakannya playboy atau lebih kepada memainkan perasaan perempuan. Mereka tidak mahu aku dilukai lagi. Tapi ini yang aku pilih, jadi mereka perlu hormati. Aku akan jaga diri aku sebaik mungkin. Terima kasih kepada mereka yang selalu care pasal aku. Aku insan biasa, jadi tak mudah untuk aku jaga semua orang di sekeliling aku. Harap mereka paham dengan keadaan aku sekarang ini. Itu sahaja pintaku.

Wednesday, 4 July 2012

Taraf

Memang sifat aku, lumrah aku, taraf tu jadi penghalang aku untuk bergaul dengan orang2 sekeliling aku. Aku biasakan diri aku supaya tak pergi jauh dengan orang yang tinggi tarafnya dengan aku. Aku tahu aku mampu. Semenjak aku masuk tempat baru, suasana baru dan dapat kawan baru, aku tetap dengan pendirian aku. Tak pernah goyah walau sedikit pun. Tiba detik perkenalan aku dengan seorang insan ni, hati aku mula goyah. Tapi aku kuatkan dengan harapan aku tetap dengan pendirian aku. Sangkaan aku meleset pabila dia dah mula meruntuhkan tembok yang aku lama pertahankan. Aku mula katakan pada diriku yang semua itu tak jadi masalah kalau masing2 dah mula sayang.

Sekarang aku dah mula tahu kebenaran disebalik kesenyapan dia. Rupanya aku tak layak untuk dia dan takkan pernah layak. Aku rasa hina sangat apabila tahu kebenaran tu. Aku sedar aku siapa dan tak perlu untuk kau kata macam tu. Ye aku tahu kau hebat, kau punya segalanya yang semua perempuan dambakan. Tapi bukan itu yang aku nak dari kau, tak pernah pun terlintas walau sekelumit kuman. Aku tak pernah merungut mana kau bawak aku makan, mana kau ajak aku teman kau. Kini aku sedar kau betul2 pergunakan aku ketika kau susah.Sekarang baru aku sedar siapa aku disisi kau suatu ketika dahulu. Hanya seorg perempuan yang kau gunakan sahaja bila kau rasa sunyi.

Terima kasih A sebab buat aku sedar siapa diri aku balik.Teruskan dengan hidup kau tu dan aku percaya langit tu tak selalunya cerah, dan kau takkan selalu berada di atas. Aku doakan kau bahagia dengan sesiapa yang kau rasa layak untuk kau dan kau rasakan taraf itu adalah segalanya. Terima kasih sekali lagi A sebab kau dah sedarkan siapa aku disisi kau. Walaupun aku tahu sebenarnya kaulah insan yang paling hina aku pernah jumpa!

Sunday, 1 July 2012

Hell yeah!

Plan nak main ATV akhirnya menjadi.
Seronok gila tak terkata,
Bersama rakan baru,
Satu tujuan iaitu bersuka ria! :)

8.15 : Riza dah sampai bawah rumah.
8.35 : Gerak ke sunway naik kereta 'lancer' :)
9.00 : Makan kat Shaz sambil tunggu Nash sampai
!0.00: Gerak ke Sunway Lagoon Theme Park
    
Extreme park is the best sebab cuba benda yang tak pernah dibuat sebelum ni. Jadi excited tu lebihla. Tambah-tambah lagi Flying fox coz tinggi jugak benda tu. Ada lagi yang kitaorang main macam paintball target, archery, bungee jump and g-force.

 
ATV
 
Flying Fox




Then kitorang proceed to Scream Park. Aku tengok poster pun dah terkejut beruk kena sergah ngan member, ni kan pulak nak masuk dalam tu. 

muka sebelum masuk. haha


muka riza. haha


nash lagi lah. haha


Debar makin terasa bila dah dekat dengan pintu masuk tu. First dorang dah suruh beratur satu barisan. Kitorang pun ikut jelah kan. Aku dah genggam kuat tangan Haan and berdiri sebelah Nash. Pastu tetibe pintu depan terbukak and hantu keluar. Memang time tu aku menangis tak ingatlah kan. Haha. Tengok si Nash pun dah terkejut beruk memang aku tak pecaya dia dahla kan. Aku terus grab si Riza dan Haan. Dalam tu aku dah tak pandang apa dah. Aku pejam je mata dan ikut je mana Riza pergi. Si Riza ni pun boleh tahan menakut-nakutkan hantu kat dalam tu. Haish! Aku kat belakang dia dah menangis-nangis dah. Teruklah aku kat dalam tu. Hantu tu bagi spec 3d pun aku pakai tp pejam mata. Haha. Satu time tu, ada pontianak belakang dorang sume, pastu aku bukak mata je tengok semua dah kedepan. Apa lagi, aku pun tinggalkan Riza, aku grab si Nash pulak. Haha. Kelakar sgt time tu. Si Nash pun boleh tahan penakutnya. Kejap-kejap tengok dah ada kat sebelah aku duk tolak2 si Haan and Riza. Takut hantu keluar dari tepi katanya. Bila diingat-ingatkan balik, memang kelakar sangat. Hahaha.

Reaksi lepas keluar. Haha.

After done with the scariest thing ever, then we proceed to Amusement Park. We played almost all of the park. Benda yang aku paling takut nak naik, dengan sokongan mereka semua, aku berjaya naik Pirates Revenge! Yeah! 


Pirates Revenge or bak kata Nash Magic Carpet.

Tunggu turn nak naik sampan :)


                                 
                             

Kepeningan lepas Tomahawk


After dah panas and penat main semua, kitorang pun pergi menyejukkan diri dengan membasahkan diri dekat Water Park. Almost for an hour gak kat situ. Then sempat lagi si Nash mengajar kitaorg berenang. In the end aku tetap tenggelam. Haha. Almost 6 kitorang bersiap untuk balik. It was the best experience ever for me :)