Bagaimana harus ku mulakan juga tidak pasti. Tapi apa yang begitu pasti, dugaan kali ni terlalu berat untuk keluarga aku dan aku sendiri hadapi. Terlalu berat. Tak mungkin aku akan dapat luahkan disini. Pada siapa aku luahkan? Hanya pada tiga orang terpenting dalam hidup aku. Semestinya si dia, Abg Riza dan juga sahabat baik aku, Bobby. Pada mulanya sukar untuk aku menceritakan hal ini kepada mereka, tetapi mereka membuktikan yang mereka adalah orang yang sentiasa berada di sisi ketika aku suka dan duka. Aku terharu dan terhutang budi yang teramat-amat kepada mereka.
Apa pun, aku berterima kasih kerana mempunyai sahabat dan pendengar yang baik seperti mereka. Sayang mereka.
Apa pun, aku berterima kasih kerana mempunyai sahabat dan pendengar yang baik seperti mereka. Sayang mereka.
