Ahad 11 May 2014
Hye blog. Setelah sekian lama menyepi kini aku kembali menulis di sini. Nak berkongsi pengalaman bercuti di Phuket Thailand. Plan dah lama dah dari tahun lepas dengan encik boyfie tapi yelah belum kawin mana boleh bercuti 2 orang. No No! Haha. so ajaklah kawan-kawan Ida, Danny, Wanshah, Abang H, Panjang untuk memeriahkan suasana. Total 7 oranglah pergi. Mengunakan FOC tiket yang ada, maka berangkatlah kami semua ke Phuket.
Berkumpul 5 orang di Subang Airport pukul 9.45 pagi sebab flight pukul 10.35 pagi ke Subang- Penang sebab Firefly takde direct ke Phuket. So kena transit Penang. Arrived kat Penang Airport pukul 11.35 tengahari terus pergi cari kedai makan. Kat sana Kak Maria dah tunggu kami nak bawak lunch. Lepak sat sampai pukul 2.30 petang sebab flight ke Phuket pukul 3.20 petang. Sampai je kat Phuket International Airport pukul 4.15 petang, terus cari Wanshah sebab dia naik MAS untuk ke Phuket. Haa, complicated kan. Haha.
 |
| Check in Pen-Hkt |
Then sampai sana terus cari transport nak ke hotel. Kat sana kena pandai cari transport dan kena pandai tawar-menawar. Disebabkan kami ni dah ramai, so naik teksi je which cost us about 1200 baht. Bahagi 6 orang, so sorang bayar 200 baht. (Rm20). Then driver tu akan offer kita pakej yang dorang ada which is mahal giler, so my advise jangan ambik dengan dorang sebab korang boleh dapat pakej yang lagi murah. Perjalanan dari airport ke hotel mengambil masa dalam 50 minit. Oh ye nama hotel yang kami stay tu Seven Seas Hotel dengan rate 1 malam Rm70.
 |
| Dalam teksi otw to our hotel |
Dah settle check in sume, rest a few hours jap then kami turun nak cari sewa motor. Yang bestnya tempat kami stay tu bawah hotel tu dah ada sewa motor, pakej snorkeling dan elephant riding. So takyah susah-susah nak cari tempat lain. Harga pun okay. Then bersiar-siar kat area Patong Beach. Nak tengok sunset kat situ lah katakan.
 |
| Gambar lompat yang tak menjadi |
 |
| SUNSET lah sangat! |
Malam pulak cari makan dan tak susah nak cari makanan halal kat sana. Ada je tapi kena pandai carilah. Dah kenyang kami semua ronda Patong dan Bangla Road. Haa, kat Bangla Road i tell u, tempat tu penuh dengan maksiat. Yelah tempat tu kan terkenal dengan Sex Tourism. Penari tiang, penari bogel, arak, khidmat seks bersepah-sepah. Sangat tak mengejutkan kenapa tempat tu dilanda tsunami dulu. Not a good place nak bawak family.
 |
| Take 5 |
 |
| Errr? |
Okaylah buat masa ni tu sahaja dulu, akan bersambung untuk part 2.