blog

penyinggah

Thursday, 29 May 2014

Phuket Part 2


Isnin 12 May 2014

Second day kat sini, mereka gigih carikan pakej Elephant ride yang murah-murah untuk aku. Yelah aku yang paling excited nak naik gajah. Cari punya cari, jumpa pun dekat ngan area hotel. Adjust harga dengan owner tu so dapatlah Rm 50 sorang untuk 30 minit. The moment aku pijak je belakang gajah tu, wow! Geli yang teramat sebab kulit dia kasar dan berbulu aneh. Haha. A new experience untuk aku lah sebab gayat jugak naik gajah tu. Orang yang guide kami tu pun sangat-sangatlah friendly dan banyak mengusik aku. Gajah tu nama diberi Lady Gaga. Sebab apa? I like big bum katanya. Haha. Then dia jual souvenir, katanya untuk beli makanan gajah-gajah kat situ. Rm 30 jugaklah gelang tangan yang diperbuat daripada gigi baby gajah.

Takut  weyh duduk atas ni!

On top of the world! haha
View dari atas gajah
Baby elephant ni baru 3 tahun ( Danny ngan ida takut!) Haha

Tengahari perut dah mula menari, lepas cari makan kami semua ronda-ronda bandar Phuket naik motor. 2 jam naik motor kematu dah bontot. Haha. Kami ke Naked Beach, which is orang kat situ mandi memang naked lah. Terkejut den. Haha. Kemudian ke Promthep Cape untuk tengok view kat situ. Subhannallah cantik sangat-sangat. Recommended sangat untuk korang pergi sini.

Naked Beach
Promthep Cape


Subhanallah nice view

Petang pulak dorang pergi pasar area hotel cari Som Tam (kerabu betik), tapi yang sadisnya aku kena stay hotel sebab terlalu pening. Its either naik gajah or naik motor terlalu lama. Nvmlah sebab encik boyfie tapaukan untuk aku. Takde lah kempunan sangat. Lagipun tengah tunggu arrival Abang H yang datang join kami lewat sehari sebab kerja dia.

Pandai-pandai cari makanan halal ye kawan-kawan

Happy mereka :)

Malam pulak kami ke Bangla Road sekali lagi sebab nak bawak Abang H. Suka budak-budak ni cuci mata banyak kali kat situ. Ishh ishh ishh.

Sawadikap!
Street peformance
Pondan beraksi. Haha
Opppss!
Bangla Road

Okay cukup untuk entry kedua. Hari ke 3 akan bersambung di next entry.