Fuhh! Entry paling panjang yang pernah aku post lah. Berkurun gak nak siapkan entry ni. Finaallyyy siap jugak. Haha.
Day 1 ( 31 January )
Plan nak gerak pukul 11 kononnya, tapi janji melayu kan. Plan nak meet up kat rumah Nash, sudahnya jumpa kat R&R Seremban. Sap sap soi, pukul 2 kitaorang sampai kat Gunung Dato. Dah sampai, orang takde langsung. Peliklah kami ni pun. Pastu ada orang datang jumpa kitaorang yang tengah kebingungan ni. Nama dia Wet ( pelikkan ). Wet cakap takde orang naik time-time macam ni coz sekarang angin tengah kuat kat atas tu. Angin yang terlalu kuat sampai pokok tumbang dan menutup track. Demi keselamatan orang awam tak dibenarkan mendaki. Dengan hampanya kitaorang menukar plan. Pikir punya pikir, so semua sepakat nak camping kat area Port Dickson.
 |
| Puteri trip kali ni :) |
 |
| Punca lambat! |
 |
| Dihimpit dengan makanan -.- |
 |
| Puncak Gunung Dato' |
 |
| Kenangan di BAWAH sahaja |
Sebelum pergi camping tu, makan dulu kat Teluk Kemang. Sambal belacan terkonang-konang katanya. HAHA!
 |
| Sayang kakak saya :p |
 |
Korek gigi tu lagi nash :p
|
Dah bedal sampai nak muntah, pergi cari port nak camping malam tu. Cari punya cari, so decide nak camping jauh dari masyarakat dan hiruk-pikuk kota. Berjumpa lah kitaorang dengan Tanjung Tuan, which is the view is very awesome. But the thing is, pantai kat situ berlumut, so tak dapek lah den nak mandi. Hahaha.
 |
| Memang terkonang-konang pun! |
 |
| Cantik kan view! |
 |
| Tarzan! |
 |
| Tyra Banks. Ehek! |
 |
| Hebat tak aku panjat? Haa |
Dah selesai setup khemah semua, yang lelaki melakukan tugasan yang paling mencabar iaitu membuat unggun api. Manakala yang perempuan pula, duduk dalam khemah sambil tunggu mereka si lelaki masak makan malam selepas unggun api terhasil. Hahahaha. Nampak tak macam mana diorang jaga kami, macam puteri kan? Hahaha. Jerit je " Lapar! Lapar! Lapar!" maka mereka akan datang dan bagi makan kepada kami. Ehek!
 |
| Campsite |
 |
| Si penunggu unggun api |
Selesai sesi membuli mereka, mulalah kitaorang kebosanan memikirkan apa nak di buat malam tu. Datang idea gila nak tinggalkan si Blackcat ngan Din kat campsite, while 4 of us pergi jungle tracking. Haha. TAPI disebalik jungle tracking tu, sebenarnya si Najib bawa kunci kereta dengan wallet. Dia dah plan nak escape dari hutan tu. Kejam kan plan dia. Hahaha. Kitaorang round-round sekeliling Port Dickson tu, siap singgah beli Slurpee lagi. Haha. Then dorang ni nak jadi Uncle Seekers pulak. Hadoiyai! Aku tanak tapi dorang semua ni tunjuk terror pulak nak pergi cari hantu. Last-last tak jadi coz pikir keselamatan kami si kaum wanita ni. FUHHH SELAMAT!
Dah satu hal pulak nak masuk dalam hutan tu balik pukul 1 pagi. Haih! Berkepit kitaorang semua ni disebabkan ketakutan nak menjelajah pergi ke tempat campsite balik. Dah dalam keadaan senyap sunyi tu, tiba-tiba phone aku berbunyi. Maka dengan itu, tidak semena-mena si Nash terkejut dan terus mencederakan tangan aku dengan pisau yang sedang dipegang oleh dia. Haa, skema tak ayat aku? So lukalah tangan aku setelah dicederakan dengan pisau Rambo yang di pegang oleh si Nash tu. Balik je ke campsite, terus Nash balut luka aku dengan muka yang penuh rasa bersalah. HAHAHA!
 |
| Gelap baq hang! |
Malam tu, kitaorang borak sampai pukul 3.30 pagi. Dah habis bercerita, tidurlah kami semua. ZZZZZ.
Day 2 ( 1 February )
Selalunya orang dikejutkan dengan bunyi ayam berkokok di siang hari, tapi pagi ni Din yang berkokok. Din kejut pukul 6.30 untuk tengok sunsrise. SubhanAllah cantik sgt.
 |
| view ni dari dalam khemah sebab si Haan malas nak bangun lagi |
Bangun je semua, terus kitaorang packing-packing untuk beredar. Sementara si lelaki tengah kemas semuanya, kami si kaum wanita ni bergambar je kejenya. Haha. Memang best jadi perempuan ni. Ehek! So apa lagi bercamwhore lah!
 |
| Nampak tak aku duduk main phone je? Haha |
 |
| Gigih |
 |
| Ratu lompat dunia si Haan |
 |
| Lompat! |
Settle kemas semua, terus gerak pergi cari makan. Lapar woi! Pergilah kami di kedai makan depan kubur nama diberi. Sebabnya kedai dia betul-betul depan kubur. Tapi nasi lemak dia terbaik weyh! Tak tipu. Since badan kitaorang dah berlengas disebabkan tak mandi dah 2 hari, so bergeraklah kami ke Pantai Port Dickson. Sampai je kat situ, terus Najib cari member dia nak deal main Banana Boat. Kiranya dapat diskaun lah. Hehe. So lets check it out! :)
 |
| Pose depan WUE |
 |
| Yehaaa! |
 |
| Splash! |
 |
| BANANANA! |
 |
| Kerjasama :) |
After dah penat main air semua, masing-masing pun mengundurkan diri sebab penat melampau. TAPI, kitaorang berempat tak habis lagi nak buang tebiat. Balik je dari Seremban, terus pergi tengok wayang cerita Hansel & Gratel. Lepas tu pulak jelajah Kuala Selangor punya tempat pelancongan. Perghh! Memang penat tak hingatlah ceritanya. Balik je rumah pukul 11 malam terus lena sampai ke pagi esok. HAHAHAHA! Hope adalah entry pasal Gunung Dato' nanti ye. TATA! :)