blog

penyinggah

Monday, 26 August 2013

keluhan seorang sahabat

Setiap manusia ada sikap masing-masing. Tak boleh nak expect semua orang  nak suka dan terima sikap kita. Tapi tahu tak apa itu erti sahabat? Sahabat iu adalah seorang yang mampu dan boleh terima baik buruk seseorang itu. Tak kisah macam mana buruk pun perangai, dia sentiasa ada bersama. Mungkin tak semua benda kita boleh bersetuju, tapi kita boleh bertolak ansur dan boleh berbincang supaya persahabatan tu tak hancur macam tu sahaja kan?

Bagi aku sahabat itu penting. Lagi-lagi yang sekepala dengan aku. Dengan keadaan sekarang, memang kau je yang tinggal. Tapi ntah mana silap dan salah aku kau terus jatuhkan hukuman. Mungkin kau rasa aku layak terima hukuman macam ni, tapi aku pun manusia. Ada hati dan perasaan. Mungkin kau jenis yang memang takde perasaan i guess? Sebab selama aku kenal kau, memang susah nak faham kau, tapi sebab kau seorang kawan dan juga sahabat, aku bersabar. Mungkin sekarang kau rasa aku dah tak penting bagi kau, tapi jauh di sudut hati aku, aku harap yang kita masih berkawan walaupun tak seperti dulu. Tak mengapa, aku dah biasa kehilangan. Semoga kau terus berbahagia dengan cara kau yang begitu.