blog

penyinggah

Monday, 6 October 2014

Apa Kata...

Apa kata kau cuba buat sedikit. Tak banyak sikit pun takpelah. At least nampak effort kau tu. Okay, apa yang aku cuba sampaikan adalah kejutan atau penghargaan buat pasangan masing-masing. Dalam hal ni, kita tak boleh jadikan tidak romantik sebagai alasan untuk tidak berbuat demikian. Bila kita dah sayang dan nak buat pasangan kita gembira, benda tu semua akan datang spontan atas sebab menghargai. Cara-caranya mudah sahaja :-

  1. Buat kejutan dengan cara bawa pasangan makan malam tempat yang istimewa. Walaupun takde apa yang special pada haritu, tapi sekurang-kurangnya ada satu kenangan indah tercipta dan untuk dikenang. 
  2. Beli hadiah untuk pasangan walaupun bukan ketika hari jadinya ataupun ulangtahun hubungan korang. Mesti dia akan hargai dan terharu atas kejutan tersebut.  
  3. Sekali-sekala bawa mereka bercuti. Have fun together bro!
  4. Bila duduk kat coffee shop ke apa, borak pasal diri korang, kenang balik macam mana saat perkenalan korang, or apa-apa
  5. Buat kad atau apa-apa yang boleh mengungkapkan kata-kata puitis ataupun kata-kata sayang kepada si dia, ( aku dah buat dan dia sukakannya! )
  6. Menyanyi kepadanya atau tujukan lagu kepadanya. Dengan cara ini, kita rasa diri ni special sangat. Yelah sebab lirik dalam lagu tu ditujukan khas untuk kita. Tak susah mana pun kan? Hehe.

Mostly kita nak lelaki yang mulakan dulu, tapi zaman dah berubah. Tak salah untuk para wanita yang mulakan dulu. Kita pun boleh cuba untuk tengok sejauh mana keromantikan yang ada dalam diri ni kan? Marilah sama-sama buktikan rasa cinta kita kepada si dia. Tak kira lah lelaki mahupun perempuan. Tiada alasan okayh untuk kata tidak romantik. Sebab benda boleh belajar kan. Hehe. Fighting! :)