16 July 2016-Sabtu
Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Majlis pertunangan aku dan Adlan di adakan secara kecil-kecilan je. Macam-macam dugaan jugak sebelum nak dapat tarikh tunang ni tapi atas perbincangan kedua belah pihak so 16 Julai 2016 adalah tarikh yang dipilih. Atas menghormati permintaan atuk, majlis diadakan di kampung Terengganu. Untuk hantaran pulak lelaki 5 berbalas 7 dari pihak perempuan.
Untuk hantaran ni aku gubah sendiri. Memang terkial-kial nak membuatnya sampai melecur jari kena hot glue gun ;(. Untuk aku yang takde langsung pengalaman buat benda alah ni, aku boleh kata aku puas hati sangat-sangat. Walaupun simple tapi aku bangga aku dapat siapkan dengan cantik sebab aku ni bukan orang yang ladies and creative. Hahaha. Aku dapat jimat sikit sebab dulang dan alas Tiara bagi pinjam so takyah beli. Hehe. Tankiu :p
Barang hantaran:-
1) Sireh junjung (buat pagi sebelum majlis)
2) Buah-buahan
3) Baju Kemeja
4) Kain pelikat
5) Wallet & Belt
6) Coklat
7) Kek
Untuk pelamin pulak aku buat paling simple asal ada tempat nak duduk untuk sarung cincin. Just beli bunga yang boleh sangkut dekat kerusi tu dan letak 2 bantal. Kerusi pulak pinjam mak ngah punya yang memang ada dalam rumah tu. Settle!
 |
| Mini pelamin. Simple je. |
 |
| ish leret-leret lak kain ni. haha |
 |
| My lil bro |
 |
| Hey there fiancee! |
 |
| Orang yang banyak tolong, Tiara |
Masa family Adlan sampai, nervousnya aku Allah je tau. Basah berpeluh habis tangan ni. Sebelum sarung cincin, aku kena tunggu dalam bilik sampai sesiapa panggil keluar. Sebabnya dorang nak bincang pasal hantaran etc bla bla bla. Kemudian..........
 |
| Tu aku lah tu muka cuak. Haha |
 |
| With fam and future fam. Hikhik. |
 |
| adik kesayangan |
 |
| With mom and future in law |
 |
| With Adlan's family and cousins |
 |
| Haa, ni kawan aku yang sanggup datang dari KL semata-mata nak tengok kita tunang. Love you! |
Lepas settle semua tu, ada lah makan-makan sikit. Thanks kat makngah dan pakngah yang sudi tolong masak. So semua berjalan lancar. Terima kasih semuanya. :)