blog

penyinggah

Thursday, 2 November 2017

Saddest moment


*sigh*

*sigh*

Hanya mampu mengeluh bila kerja yang dah bertahun kau membanting tulang hilang macam tu je tanpa orang hargai. Tak sangka pengakhiran aku kat Firefly habis macam tu je. Tak perlu nak tulis kat sini sebab aku akan ingat apa yang jadi. Nasib ada husband dan family yang supportive. Thank you.

1 Januari 2012- Tarikh aku diterima masuk berkerja di Firefly. Happy bukan main lagi bila dapat call daripada dorg. FUH! Bermula dari situ aku tau aku dah one step closer untuk ke cita-cita aku yang kononnya nak jadi stewardess. Kah! Kah! *dahketottaksedardiri* -.-


Macam-macam orang aku jumpa sejak kerja kat situ, serius sebulan dua mula kerja tu sumpah aku rasa nak berhenti sebab pressure kerja airline ni lain macam i tell you. Kau kena maki dengan passenger tu benda biasa, kena maki dengan crew captain tu pun biasa. Kadang-kadang aku rasa "eh,kat dahi aku ni ada tulis sila maki ke apa".


Banyak benda aku belajar. Dari segi sosial life pun banyak yang berubah. I mean kat situ majoriti ramai engineering lelaki, jadi kawan aku pun ramai dari kalangan dorang. Hik Hik! *akuhotsetaptimeni*


Kat sini jugak aku dapat kawan yang kau takkan pernah terpikir nak buang dari hidup. Sepanjang 5 tahun berkawan dengan Iffa, Darlene, Gee, Ida , Yana, Wanshah aku happy dapat dorang jadi kawan aku.


Tapi satu benda yang aku tak pernah menyesal, aku tau aku dah capai impian aku untuk berkerja dalam airline industry. Nampak kapal terbang depan mata hari-hari tak pernah buat aku jemu. Passion aku terhadap kapal terbang sangatlah menebal. Sampaikan tak sangka jodoh pun dengan pilot. Hehe.


1 Januari 2012-31 Oktober 2017. Bye bye Firefly. You will not  be missed.

Rindu nak pakai uniform ni lagi :(


Rindu nak buat loadsheet lagi :(




Thanks for the gift friends :)




Rindu  nak kerja balik tapi mengenangkan apa yang jadi, its okay im happy with my life now.

Wednesday, 25 October 2017

Braces

Actually dah lama pasang niat nak pakai braces tapi selalu tergendala sebab dengar orang kata sakit lah menyesal lah. Aku ni pulak memang jenis penakut dengan doctor gigi. Memang down lah takut nak pakai walaupun gigi terconget satu keluar. Haha. Like after 3 years aku nekad nak pakai sebab insecure tengok ramai sangat perempuan cantik-cantik. HAHAHA. So after survey harga dan klinik mana yang okay so aku decide untuk proceed.

Lepas call Klinik Anita buat appointment so datanglah dengan perasaan nebes gilak ke klinik itu. Nurse akan explain harga, berapa lama tempoh nak kena pakai etc so if korang agree then dia akan proceed. For me dia cakap harga RM 4000, boleh bayar ansuran RM 150 monthly and maybe pakai for 2 years.

First time dia akan x-ray gigi dulu and then letak mould dekat gigi atas bawah so that dorang dapat tengok tahap keterukan gigi kita. For my case, doctor tak cabut gigi aku maybe sebab bagi dia ada ruang untuk gigi aku bergerak sendiri. Tu je untuk first day so far takde apa yang menakutkan. Hehe.

The next time kena datang untuk pasang seperator which is lagi super duper sakit dari pakai braces i tell youu!! Tujuan pakai seperator untuk menjarakkan gigi geraham sebab nak masukkan braket besi tu. Almost 2 week kena pakai benda alah tu. Hari kedua pakai pergh menangis waktu malam sakit dia. Sampai kena kejutkan laki sebab sakit sangat. HUHU menyesal babe! But after that dah okay sikit tapi tak makan benda keras lah.

Bila next appointment menjelma, aku dah excited campur nebes sebab today is gonna be the day that braces akan dipasangkan dan seperator ni kena blah dari hidup aku!! OMG!! Dari apa yang aku baca kat blog semua cakap sakit tak boleh makan nasi for a week plus tapi aku lepas pasang braces aku terus pulun nasi dan berterusan hari-hari. Lapar weyh mana boleh makan bubur. Hahaha!

So far appointment tiap-tiap bulan untuk ketatkan braces pun tak sakit bagi aku. Cuma akan rasa ngilu jelah tapi itu pun kejap-kejap je. Setiap kali nak ketatkan braces tu korang boleh pilih warna apa korang nak. Cool rite?? Dalam 2 bulan gigi bawah aku dah tersusun dah. Im impressed! Bak kata orang beauty is pain aite :)



Bersepahkan gigi! Haha

Tadaaaa!

Herot berot besi tu. Haha

Sekarang dah straight! Hubby pun terkejut :)

P/S: Sekarang senyum dah tak reti dah tutup mulut. Sengih je manjang. Hahaha

Friday, 8 September 2017

My Wedding Day



Alhamdulillah pada 8/9/2017 pukul 3.45 petang aku sah bergelar isteri kepada Adlan Hafiz bin Roslin Azmy. Bertempat di Shah Alam Convention Center (SACC) aku di ijab kabul kan dengan sekali lafaz dan hantaran 6 dari pihak lelaki berbalas 8. Baju nikah aku dibuat khas dari Kashfi Zulkufli. Thanks mama sponsor. Hehehe. Makeup dari Tieqazai. Sumpah suka gila dia makeup sebab dia tau apa kita nak and cantik sangat dan yang paling penting murah. Bunga tangan buat sendiri je senang so kita boleh ikut selera kita nak macam mana rupanya. Untuk video dari Oh Cinta Wedding dan gambar dari Tied The Knot. So tu jelah kot. Heee.


Muka cuak habis tapi kena cover cun. Haha

Terasa cunz pulak. Hakhak


Mana bakal laki kita ni?

Tak sabar nak pakai cincin T.Co tu. Haha

Mak <3



Turn out Tok Kadi tu orang yang bagi ceramah masa kitrg pergi khursus kawin haritu. Haha

Alhamdulillah
Fuh lega dah habis. Berpeluh tangan dibuatnya. Haha






Tepak sirih dan sirih junjung serta cincin dari Habib (cincin dapat diskaun sebab kawan kerja Habib) Hehe

Perfume Mont Blanc (pun dapat diskaun sebab kawan) Hehe

Wallet from LV

Ipad

Cupcake pilot

Jam Tissot

Perfume Victoria Secret and makeup MAC

Jam Tissot dan Iphone 7

Cake


Tory Burch handbag

With sis in law

Ala apa intai-intai ni. Haha





Kawan yang sambut tu betul-betul kawin lepas tu weyh. Haha


I love you :)

My gundiks 







Love love!









Take my hand forever and i will follow you :)








With my in laws


My family





Asia's Next Top Models. Ahaks!


Habis photoshoot dah dekat nak magrib dah. Memang lemau habis plus lapar teruk sebab mana sempat nak jamah pape busy lah katakan. So lepas je settle everything kitaorang pergi drive thru KFC. Paling tak boleh blah bila adik KFC tu kata "baru kawin ye? Selamat Pengantin Baru". Ye sesungguhnya kami adalah pengantin yang kebulur. Sekian. -.-