blog

penyinggah

Wednesday, 28 November 2012

Broga Hill 2012


Plan ni last minit jugakla. Nasib cuti approved. So bolehlah mendaki. Ini kali kedua sebenarnya aku mendaki Broga ni. First time dulu naik tak habis, so azam kali ni mesti sampai puncak. Fighting! Pergi tak ramai pun, 4 orang je yang terdiri daripada aku, Nash, Darlene dan Blackcat. Gerak awal pagi dalam pukul 4 pagi (gigih kan?) sebab nak tengok sunrise dan terus ke sana menggunakan Garmin (kononnya sebab takut sesat). Start mendaki pukul 5 dan sampai ke puncak dalam pukul 6.15. Sejam lebih jugaklah nak sampai ke puncak tu dengan menggunakan stamina yang hampeh ni. Haha. Walaupun jalan berlecak dan licin sebab baru lepas hujan tapi berjaya jugak. Yeay! :)

#Setiap gambar ada ceritanya, jadi tak payah tulis panjang-panjang. Haha :p



Pose with Bumble Bee :)

Permandangan dari puncak 

Tapak kasut Blackcat terkoyak. Haha

Kaki-kaki kami yang kotor dan berlecak terutama kaki aku. 

Rambut aku perang dalam gambar ni. Hehe

Subhannallah. Cantik kan?

:)

Darlene, Nash dan aku :)

Lovelah konon. Puii! Haha.

Di Puncak!

Nak turun dah

Jom cangkung :p

Tak sah kalau datang Broga tak pose dengan lalang. Hehe

Menyegarkan diri di sungai Tekala. Nash kesejukan. Haha

#Balik je semua pengsan kepenatan. Haha.

Saturday, 24 November 2012

Kategori

Tiada siapa pun di dalam dunia ini sempurna, termasuklah aku. Tapi kadang-kadang manusia ini tak pernah rasa puas dengan apa yang mereka ada. Di keliling aku di penuhi dengan orang-orang yang jenis macam ini. Selalunya lelaki, dan mereka ada kategori mereka sendiri.


1.     Gaya, pangkat, rupa, nama, dan keturunan yang baik-baik merupakan aset bagi lelaki ini. Amat bertuah hidup dia. Tapi satu sahaja yang kosong dalam hidup dia, iaitu pasangan hidup. Selalu sahaja dia mengadu yang mereka selalu sahaja bersedih. Dia sayangkan kekasih hatinya itu, tapi atas faktor-faktor tertentu, mereka tidak boleh bersama. Tapi tak bermakna yang dia bebas keluar dengan semua perempuan yang dia kenal dan yang penting ada hati dengan TUNANG orang!

2.     Mungkin kerana gayanya yang sungguh bersahaja dan membuat orang senang berada disampingnya merupakan kelebihan yang dimiliki. Mungkin itu sebabnya kekasih hatinya fall for him dan berjanji akan bersama selamanya. Tapi siapa sangka lelaki ini ada menyimpan  perempuan lain dalam hidupnya, tanpa pengetahuan gfnya. HAIH!

3.     Mula-mula nak tackle, pergh!!!! Tak hingat! Punyalah pijak semut tak mati. Semuanya serba moleklah. Bila dah dapat, mulalah nak kongkong. Kemana asyik berkepit. Takut sangat si perempuan ni berpaling. Semuanya nak cemburu, even dengan perempuan pun! Adakah lelaki ini berjiwa dan berhati perempuan? Hmm. 

4.     Yang sorang ni pulak, sebelum kahwin dia rapat habis dengan ex dia, means dia contact lagi lah dia punya ex tu. Luckily, after dah di ijab kabulkan dia setia pada yang satu.

5.     Berkawan rapat dengan semua perempuan itu biasa bagi dia. Tapi tak bermakna dia boleh permainkan perasaan perempuan kan? Cara dia yang suka melayan perempuan macam gf dia memanglah buat perempuan tu perasan kan? Lepas dah rasa perempuan tu boring, dia beralih pada mangsa baru. Haha. Playboy playboy.

6.     Malas nak cerita panjang, jatuh cinta pada tunang orang dan at the same time dah ada gf. So in love with two person in the same time. How lah weyh?

Macam mana lah aku nak kata lelaki ni? But im sure out there ada lagi lelaki yang bukan macam kategori-kategori yang kat atas ni kan? :)

# Be faithful or stay single. Don't hurt the things that we called heart.