Tiada siapa pun di dalam dunia ini sempurna, termasuklah aku. Tapi kadang-kadang manusia ini tak pernah rasa puas dengan apa yang mereka ada. Di keliling aku di penuhi dengan orang-orang yang jenis macam ini. Selalunya lelaki, dan mereka ada kategori mereka sendiri.
1. Gaya, pangkat, rupa, nama, dan keturunan yang baik-baik merupakan aset bagi lelaki ini. Amat bertuah hidup dia. Tapi satu sahaja yang kosong dalam hidup dia, iaitu pasangan hidup. Selalu sahaja dia mengadu yang mereka selalu sahaja bersedih. Dia sayangkan kekasih hatinya itu, tapi atas faktor-faktor tertentu, mereka tidak boleh bersama. Tapi tak bermakna yang dia bebas keluar dengan semua perempuan yang dia kenal dan yang penting ada hati dengan TUNANG orang!
2. Mungkin kerana gayanya yang sungguh bersahaja dan membuat orang senang berada disampingnya merupakan kelebihan yang dimiliki. Mungkin itu sebabnya kekasih hatinya fall for him dan berjanji akan bersama selamanya. Tapi siapa sangka lelaki ini ada menyimpan perempuan lain dalam hidupnya, tanpa pengetahuan gfnya. HAIH!
3. Mula-mula nak tackle, pergh!!!! Tak hingat! Punyalah pijak semut tak mati. Semuanya serba moleklah. Bila dah dapat, mulalah nak kongkong. Kemana asyik berkepit. Takut sangat si perempuan ni berpaling. Semuanya nak cemburu, even dengan perempuan pun! Adakah lelaki ini berjiwa dan berhati perempuan? Hmm.
4. Yang sorang ni pulak, sebelum kahwin dia rapat habis dengan ex dia, means dia contact lagi lah dia punya ex tu. Luckily, after dah di ijab kabulkan dia setia pada yang satu.
5. Berkawan rapat dengan semua perempuan itu biasa bagi dia. Tapi tak bermakna dia boleh permainkan perasaan perempuan kan? Cara dia yang suka melayan perempuan macam gf dia memanglah buat perempuan tu perasan kan? Lepas dah rasa perempuan tu boring, dia beralih pada mangsa baru. Haha. Playboy playboy.
6. Malas nak cerita panjang, jatuh cinta pada tunang orang dan at the same time dah ada gf. So in love with two person in the same time. How lah weyh?

Macam mana lah aku nak kata lelaki ni? But im sure out there ada lagi lelaki yang bukan macam kategori-kategori yang kat atas ni kan? :)