Memandangkan kami berdua ni lahir pada bulan Oktober, jadi kami adalah dalam kategori Scorpio. Best jugak bila kaji-kaji pasal horoskop ni. So moh tengok personaliti sang Scorpio.
Secara umumnya lah kan, Scorpion atau kala jengking yang kita tau adalah seekor makhluk yang dapat bergerak pantas tetapi juga licik. Mereka mempunyai kulit keras luaran yang melindungi mereka daripada bahaya and while they do try to stay out of your way, if you get in their way memang dorang ni tak takut nak gunakan penyengat mereka. Haa, POWER tak? Kebanyakan kala jengking tidak maut tetapi menyengat mereka akan menyebabkan kesakitan yang teruk.
Lelaki Scorpio
Usually lelaki Scorpio ni akan suka sesuatu benda or orang tu sepenuh hati. Berdasarkan kajian aku kat blog2 lain, dorang ni tetap setia dengan kekasih tak kira susah senang. Senang cite, orang Scorpio ni setia lah. Lelaki Scorpio begitu popular dikalangan para gadis kerana mereka mempunyai gaya tersendiri yang mempesonakan. ( patutlah minah2 indon suka check in dengan awak. haha) * check in penerbangan ye. jangan salah anggap! Biasanya lelaki scorpio bersikap jujur dan pengasih terhadap pasangan yang benar-benar dicintainya. Sikap pandai mengambil hati itu membuatkan gadis yang mendampingimu berada dalam keadaan paling selamat dan membahagiakan. ( YES! Betul betul betul ) Biasanya hubungan seperti ini akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin. Tetapi awas! Lelaki Scorpio akan sentiasa menyimpan curiga walaupun perkara yang telah menyinggung perasaannya telah lama berlalu. Jika gadis itu perlu ditinggalkan, dia tidak takut untuk berbuat demikian. OMG! OMG! Taknak lah macam tu sekali :(
Wanita Scorpio
Wanita di bawah naungan zodiak ini merupakan wanita yg bersederhana dan suka menunjukkan perasaaan dia di mana kamu akan mengetahui sama ada dia sedang marah ataupun mencuba mengambil perhatian anda. Wanita jenis ini lebih mudah dikenali melalui perlakuannya berbanding dengan apa yang diperkatakannya, sememangnya beginilah karekter dia yang sebenarnya. Wanita jenis ini mempunyai perwatakan yg misteri, sangat yakin diri dan jauh dalam hatinya, dia sangat bangga akan dirinya.( Tapi aku tak okay? ) Walaupun memiliki perwatakan yg sederhana dan bersikap seperti keanak-anakan, tetapi wanita jenis ini memiliki jiwa yang bebas. Ramai lelaki yg beranggapan bahawa wanita Scorpio ini merupakan pengikut yg baik, tetapi mereka salah kerana kata-kata manis yang selalu lelaki gunakan untuk cairkan hati wanita tidak akan berkesan kepada mereka. ( dah lali sangat ). Mereka sangat mudah tersenyum dan sentiasa menunjukkan bahawa mereka amat mencintai kebebasan, tetapi apabila mereka sudah memperolehi kebebasan mereka tidak akan meninggalkan anda bahkan semakin menyayangi anda.melakukan sesuatu untuk Apabila mereka menginginkan sesuatu, mereka akan sedaya upaya untuk mendapatkannya. Apabila anda menyimpan wanita Sorpio dia akan anggap kamu Mr Perfect dan dia akan melayan anda seperti seorang raja. Tetapi jika anda melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan marah, dia boleh melayan anda seperti syaitan (ERRRR???)Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju .Mereka ini dipandu oleh perasaan hati. Mempunyai sifat mudah bersimpati. Mempunyai perasaan yang berubah-ubah,berhati-hati ,tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan. ( Defenitely me! )
# Tak semuanya betul sebab manusia semuanya berbeza. Dari segi perangai, perwatakan, personaliti dan semuanya lah. Kalau ada yang sama tu semuanya kebetulan lah kot? Hehe.




