blog

penyinggah

Sunday, 30 December 2012

Retro Party Babeh!

Date    : 29 December 2012
Venue  : Holiday Inn Glenmarie 
Theme : Retro 
Reason : Just for one mission, to win the lucky draw.
  • 1st prize : Air trip to London via A380 for two person
  • 2nd prize: Air trip to Paris via A380 for two person
  • 3rd and consolation prize : I Phone 4s, Galaxy Note 2, Ipad, Washing machine, Samsung Y, 3 huge screen TV, rice cooker, Blackberry, DVD player, Holiday to Koh Samui, Langkawi and etc. 


me with best buddies <3

Cantik kan? Tapi menang no 3


The winners of best dress up

Shake it, shake it

Dancing queen

Shake it, move it, grove it

Sopan je duduk while the others enjoy dancing :)

Err, Zuhri?

GOO department :)

With big boss, Mr. Ignitius
# this year im not lucky enough coz i didnt win anything but at least i got free ticket to Koh Samui. Thanks Firefly for a very wonderful night :)

Saturday, 22 December 2012

Legasi Saga Fiore dan Keanehan KKB

Ni baru separuh, ada banyak lagi keliling stadium.
Jetlag tak habis lagi dah bangun seawal 6 pagi nak pergi konvoi. (Poyo je nak jetlag kan? Padahal pergi Penang je. Haha) Lagipun aku join sebab nak experience sendiri macam mana rasa konvoi ni, syok ke tak etc. Nak tunggu aku masuk club Myvi memang idokle so kita join member jela yang mampu. Hahaha. Tunggu semua gather kat tol Batu Tiga Shah Alam tu dan dalam pukul 10.30 semua tiba di stadium apa ntah kat Rawang. Time tu amazed jugaklah sebab Fiore dari seluruh negeri turun padang. Macam-macam jenis kereta lah ada, dah macam kereta control dah aku tengok.

Warna-warni Fiore

Aku dah macam gadis litar dengan payung Firefly. Ehek!

Nah! Amik kau. Terik baq hang. Haha
Okay, lepas tu aku pusing-pusing dengan member aku di sekitar Kuala Kubu Bharu tu. Tempat tu sumpah pelik dan macam banyak misteri. Banyak sangat rumah banglo terbiar. Belum tengok hospital dia lagi. Meremang bulu roma ni. Tapi kitaorang beranikan diri jugak jelajah certain places and snap a few pictures. Lepas tu, ada satu pokok bunga ni cantik sangat. Tumbuh depan pintu pagar rumah terbiar. Ada satu je bunga tu, dan kawan aku nak petik. Haih! Jangan cari pasal lah Haan. Mesti ada yang menjaga tu. Bukan tempat je yang aneh, tapi signage dia pun pelik.Ah! Serba peliklah semuanya. So let see keanehan tempat ni.


di depan pokok yang sgtlah besar

ni kat depan rumah terbiar tu

Tengok signage. Dua-dua sama, tapi yg kanan tu sebenarnya jalan mati.


Jalan Permai 1 - Kebawah. Haha

# Serba sedikit tentang Kuala Kubu Bharu.







Friday, 21 December 2012

Subang to Penang :)

Penang here we come! 

Tapi harus di ingatkan, bukan pergi untuk bercuti tapi untuk menghadiri kursus yang di anjurkan oleh Firefly selama 4 hari 3 malam. Bahasa skema bebeno. Hahaha. Selepas habis kerja pukul 1 tengahari tu kami berempat iaitu aku, Haan, Noraini, dan Iffah bergerak ke kaunter daftar masuk. Flight sepatutnya pukul 4.30 petang tapi delay pulak ke 5 petang disebabkan hujan yang maha lebat. Haih! Baru sekarang aku paham perasaan passenger. Haha. So sementara menunggu kapal FYG yang tak kunjung tiba tu lagi, kami bercamwhore! :p

Kami di departure hall

Muka batak first time naik ATR-72

Bye-bye SZB. See you in another 3 days

DAY 1

Sesampainya di Penang, ketibaan kami disambut oleh Wan, Nizam dan Bad. Sebelum di hantar ke hotel B-Suite, Wan bawak kitaorang makan dekat Sampan. View dia cantik sangat, berlatar belakangkan laut yang terbentang luas, lampu di sepanjang Penang Bridge dan lagu-lagu berentak jazz dimainkan.

Sampan :)

Its me and Wan

Habis je makan kat Sampan tu, kami semua terus balik ke hotel dan zzzzz. Letih wooo. Belum campur pening naik ATR tu lagi. -.- Memang K.O semua malam tu.


DAY 2

So the next day, wake up at 7 and get ready for the CRM course. Lots of video were shown to us. Semuanya pasal safety and awareness sewaktu bekerja. Of course ada team building aktiviti. After dah settle dengan course tu sume, balik bilik merehatkan diri coz malam nak berjimba-jimba. Hahaha. Malam tu, dorang ambik kami semua di hotel dan terus pergi makan Char Kueh Tiaw kat mana ntah. Tapi sedap woo. Ada size kecik and besar, dengan harga yang berpatutan jugakla.


Char Kueh Tiaw
Selesai je makan. kami semua ke Queensbay untuk sesi bershopping. (padahal takde beli pape pun). Saje nak tengok apa yang ada kat situ sebab katanya situ barang yang dijual best-best. Dah habis pusing kat situ, lepak makan kat tepi jalan je dan sesi bergambar. Haha.





Lepas tu, ke Persiaran Gurney untuk cuci mata. Kat situ ada kedai makan, ada gerai jual cenderahati, tempat nak lepak tepi pantai. Okay lah tempat tu. Meriah kat situ time pukul 12 ke atas sebab banyak pub. 


Persiaran Gurney
After that we went to eat Nasi Lemak Liverpool! Terbaik kedai dia. Owner dia mesti die hard fan Liverpool punya. Sebab penuh dengan decoration Liverpool je. Nasib creative dan menarik minat pengunjung untuk bertandang ke kedai beliau. Eceh! Makanan dia boleh tahan sedap jugak, ada banyak pilihan lauk yang disediakan. Sampai tak tau nak pilih apa. Haha. Bolehlah try makan kat kedai ini. Mari-mari. Hehe :p


SEE!

Pening nak pilih apa :p

DAY 3


Hari ketiga di Penang, macam biasa ada course yang perlu dihadiri. BLA, BLA, BLA. Malas nak cerita panjang, tapi hari tu Mr. Patrick release awal coz nak suruh kami semua berjalan-jalan di Pulau Pinang. Bila malam menjelma, kami pun menjadi kelawar. Haha. Lepas makan nasi kandar kat Pelita, terus ke destinasi yang dah lama kami plan iaitu HARD ROCK babeh! Tak buat apa pun kat situ, just tengok-tengok live band sekejap, beli souvenir dan camwhore! :p Next kami ke tempat yang banyak kapal-kapal mewah. Street Quay nama tempat tu. Tempat tu cantik sangat. Oh how i wish i had one of those ship. Haha. (Dalam mimpi jelah umie oii). Dah puas jalan-jalan tengok kapal kat situ kami semua ke area Queensbay lepak tepi pantai. Rasa tenang sangat bila duduk kat situ, jauh dari hiruk-pikuk kota.


Tour guide kami :p


Di depan gitar :)
Banyak kapal-kapal mewah kat sini. 

DAY 4

Hari terakhir kami di sini, check out dari hotel B-suite tu pukul 1. Terus ke kota untuk beli sedikit cenderahati dan jeruk Pak Ali yang katanya wajib beli bila datang Penang. Kemudian makan kat area Padang Kota. Mee sotong kat situ terbaik katanya tambah-tambah lagi kalau minum dengan coconut shake. So kami pun mencubalah. (tapi aku tak makan coz mee tu berinti sotong. hehe) Lepas tu, dia punya ais kacang perghhh! Sedap woiii! Wajib datang cuba tau korang! :)

Mee sotong 

Coconut shake

Ais kacang :)
Dah kenyang-kenyang tu jugaklah kami terus sudahi hari terakhir kami di Penang dengan lompatan kijang, kuda dan sewaktu dengannya. Haha. Gara-gara melompat tak tentu pasal, kami semua lambat untuk check in. Nasib member kami dah tolong check in kan so sempat lah kami naik flight. ( Itulah untungnya jadi staff ni. hehe )

Lompat tinggi-tinggi


Haaa, kan dah terangkat dah! Haha.


Selamat tinggal Penang. Hope too see you again :)