Kali ini entry berkisarkan tentang aku. Ye hanya aku. Tiada orang lain.
Aku rasa kosong sangat hidup ini. Walaupun aku ada ramai kawan-kawan yang mengelilingi hidup aku, tapi aku tetap rasa kosong bila bersendirian. Kadang-kadang aku tertanya-tanya apa yang membuatkan aku rasa sebegitu rupa. Tetapi tiada jawapan dan hanya air mata menjadi peneman di kala itu. Aku cuba nyahkan perasaan itu setiap kali ianya muncul dengan melepak menghabiskan masa dengan teman-teman. Pada waktu itu aku rasa semua masalah aku hilang, tapi bila pulang ke rumah perasaan itu muncul lagi.
Bila diingatkan kembali, aku tahu kenapa perasaan itu hadir. Bukan kerana aku tiada peneman hidup. Tidak. Teringat kata-kata ibuku, jangan pernah lupa yang di atas. Ye aku dah jauh menyimpang. Maksud menyimpang itu bukan bermakna aku dah melakukan banyak kejahatan. Cuma aku terleka seketika dengan permainan dunia. Terlalu seronok dengan kawan-kawan sehinggakan aku rasa mereka adalah segala-galanya. Aku terlupa tanggungjawab aku terhadap ibu bapa, adik beradik, dan yang paling utama iaitu Allah. Apa yang aku fikir selama ini cuma kepuasan diri sendiri. Hidup aku terlalu diabdikan untuk kerja dan kawan-kawan. Sehinggakan tiada masa untuk mereka.
Aku silap, silap besar kerana mengabaikan mereka semua. Sedangkan aku tahu mereka adalah sebab kenapa aku terus bernafas di muka bumi ini. Oleh kerana kealpaan aku, secara tidak sengaja aku telah menyakiti hati ibu bapa aku. Aku tahu aku berdosa. Mungkin ini silap aku, kerana itu aku rasa kosong. Aku sedar yang aku perlu berubah. Berubah kearah yang lebih baik. In Shaa Allah.