Manusia dianugerahkan perasaan,
Sesuatu yang amat memerlukan perhatian,
Sekali ianya telah dihancurkan,
Maka binasalah badan.
Manusia dianugerahkan hati,
Sesuatu yang amat sensitif,
Sekali ianya telah disakiti,
Maka sifatnya terus akan pasif.
Tujuan aku menulis ini adalah untuk meluahkan ketidakpuasan hati aku terhadap segelintir pihak yang tidak membenarkan aku rapat dengan mana2 orang baru yang aku kenali di tempat baruku. Ye, aku tahu mereka telah lama makan garam dari padaku, tetapi salahkah ku untuk berkawan sahaja dengan mereka?Aku tidak ada niat lain melainkan kawan semata-mata. Aku kesunyian jadi apa salahnya aku keluar menghiburkan hati bersama rakan baru. Kerapatan aku disalah ertikan dan menimbulkan ketidak puasan hati setengah pihak. Ada yang mulai jauhkan diri dariku dan tak kurang juga yang terus mengkritik untuk menjatuhkan aku. Ye aku tahu yang mereka tu kebanyakannya playboy atau lebih kepada memainkan perasaan perempuan. Mereka tidak mahu aku dilukai lagi. Tapi ini yang aku pilih, jadi mereka perlu hormati. Aku akan jaga diri aku sebaik mungkin. Terima kasih kepada mereka yang selalu care pasal aku. Aku insan biasa, jadi tak mudah untuk aku jaga semua orang di sekeliling aku. Harap mereka paham dengan keadaan aku sekarang ini. Itu sahaja pintaku.