Memang sifat aku, lumrah aku, taraf tu jadi penghalang aku untuk bergaul dengan orang2 sekeliling aku. Aku biasakan diri aku supaya tak pergi jauh dengan orang yang tinggi tarafnya dengan aku. Aku tahu aku mampu. Semenjak aku masuk tempat baru, suasana baru dan dapat kawan baru, aku tetap dengan pendirian aku. Tak pernah goyah walau sedikit pun. Tiba detik perkenalan aku dengan seorang insan ni, hati aku mula goyah. Tapi aku kuatkan dengan harapan aku tetap dengan pendirian aku. Sangkaan aku meleset pabila dia dah mula meruntuhkan tembok yang aku lama pertahankan. Aku mula katakan pada diriku yang semua itu tak jadi masalah kalau masing2 dah mula sayang.
Sekarang aku dah mula tahu kebenaran disebalik kesenyapan dia. Rupanya aku tak layak untuk dia dan takkan pernah layak. Aku rasa hina sangat apabila tahu kebenaran tu. Aku sedar aku siapa dan tak perlu untuk kau kata macam tu. Ye aku tahu kau hebat, kau punya segalanya yang semua perempuan dambakan. Tapi bukan itu yang aku nak dari kau, tak pernah pun terlintas walau sekelumit kuman. Aku tak pernah merungut mana kau bawak aku makan, mana kau ajak aku teman kau. Kini aku sedar kau betul2 pergunakan aku ketika kau susah.Sekarang baru aku sedar siapa aku disisi kau suatu ketika dahulu. Hanya seorg perempuan yang kau gunakan sahaja bila kau rasa sunyi.
Terima kasih A sebab buat aku sedar siapa diri aku balik.Teruskan dengan hidup kau tu dan aku percaya langit tu tak selalunya cerah, dan kau takkan selalu berada di atas. Aku doakan kau bahagia dengan sesiapa yang kau rasa layak untuk kau dan kau rasakan taraf itu adalah segalanya. Terima kasih sekali lagi A sebab kau dah sedarkan siapa aku disisi kau. Walaupun aku tahu sebenarnya kaulah insan yang paling hina aku pernah jumpa!