Awas! Enty kali ini penuh dengan karangan yang berjela-jela dan gambar yang akan membuatkan korang rasa "apa lah minah ni membebel". Ada mak kisah? Haha.
So how should i begin? Emm, plan dah lama trip ni dengan Wanshah, Adlan, Nurul, Zoey, tapi Zoey tak jadi pergi atas sebab tertentu. So after cuti dah approved dan preparation semua dah dibuat, so USS here we come!
Day 1 ( 7/5/2013)
Pagi tu masing-masing kerja pagi sebab nak naik flight petang pukul 5.50 kat KLIA. TAPI!!! Aku direleasekan awal sebab nak kena ambik pasport. Nak pergi petang, pasport pun tak ambik lagi. Bagus kan perangai? Kawan-kawan jangan tiru tau. Dah settle with pasport, terus ke airport untuk tukar baju and naik shuttle bus pukul 2.50 ke KLIA. Sampai je sana, terus pergi kaunter standby sebab kami kan staff. Kena tunggu seat kosong baru boleh naik flight. Nasib baik ada seat dan off we go to Johor Bahru. Sesampainya kami di sana, lepak sat ngan budak-budak FY dan cari pengangkutan untuk ke Tune hotel. Nak naik teksi mahal, so kita naiklah bas lompat-lompat sampai ke Kota Raya. Dari Kota Raya tu naik bas lagi ke Danga Bay. Haaa, lupa nak mention yang Abang H pun join sekali. Tapi dia naik Air Asia dari LCCT ke JB. Yela, dia kan cabin crew Air Asia, of course lah naik AK. Haha. Sampai je kat Tune hotel, check in dan masing-masing tido sebab kepenatan. Zzzzzz.
 |
| KLIA |
 |
Time ni aku tengah ngantuk teruk
|
 |
| Here we are at Tune Hotel JB |
Day 2 ( 8/5/2013)
Pukul 6 pagi, kami dah bangun sebab nak naik bus ke USS pukul 7.30. Main reason kenapa kami stay kat Tune hotel adalah kerana mereka menyediakan perkhidmatan shuttle bus direct ke USS. Ada dua time shuttle bus ni, pukul 7.30 pagi dan juga 10.30 pagi. Haa, promote gitu. Haha. Tapi best lagi kalau naik yang 7.30 tu sebab sampai-sampai je USS ngam-ngam time dia bukak. Before ke USS tu of course lah kena lalu Imigresen Malaysia dan juga Singapura. Done with CIQ, then ke USS. From CIQ tu ke USS adalah makan masa dalam 20 minit sebab jem kan. Sape kata Singapore tak jem? Haa, sape kata? Jem jugak okay. Pukul 9.30 kami semua tiba di USS. Apa lagi? Kena lah bergambar di tempat wajib! TADAAA! :)
 |
| Ehek! |
 |
| Buruk kan perangai memasing? |
Okay! Mari mulakan penjelajahan. Sebab aku dah buat banyak research pasal rides and tips untuk ke USS ni, so aku lah yang lead perjalanan kat dalam tu. Basically kat dalam tu ada 7 theme park.
1. Hollywood
Kat dalam ni takde rides apa pun. Tapi yang funnya kat situ ada banyak maskot-maskot kartun lalu lalang. Building-building kat situ pun cantik-cantik belaka. Hikhik.
2. Sci-Fi City
WOOO! AWESOME! DAEBAK! TERBAIK! HEBAT! Seriously rides kat sini yang paling gempak. Transformer 4D yang beyond fantastic. Aku naik 2 kali tau. Tamau cite lebih-lebih. Nak tau kena pergi naik sendiri. Baru real! Haha. Tapi rollercoster dia sangat gila! Ada 2 rides, yang merah tu nama dia Human dan yang biru tu Cylon. Aku yang penakut ni gagahkan jugaklah naik yang merah tu. Turun je mengigil-gigil aku noks! Haha. Terus give up nak naik yang warna biru tu sebab yang itu 360 dia pusing. So tunggu jela kat bawah while they having fun.
 |
| Bumble bee |
 |
| Demonstrasi |
 |
| Ni lah rollercoster ngeri tu. Haih! |
3. Ancient Egypt
Revenge of the mummy. Haa, yang ini lah paling aku gerun. Sebab dia melibatkan hantu-hantu mumia. Aku yang memang dah lemah semangat ni gagahkan diri jugaklah nak masuk benda alah ni sebab kita bayar dah mahalkan. Try jela. Aku ingatkan rides duduk dan dihujani dengan hantu-hantu disekeliling, tapi rupanya dia rollercoster jugak. Siap boleh mengundur kedepan kebelakang lagi. Haih! Keluar je dari situ, aku dah takde nyawa je rasa. Yelah, macam mumia tu cakap masa entrance, YOU SOUL IS MINE. Hahaha. Rasa macam tu weyh!
4. Far-far Away
Kat sini tarikan adalah Shrek 4D Adventure. Penuh dengan dunia-dunia fantasi. Dalam tu dia ceritakan kisah Shrek selamatkan Fiona dari si jahat lah. ( tak ingat apa nama benda alah tu ). So sambil bercerita tu adalah kena spray dengan air sikit-sikit, kerusi goyang dan yang takleh blah tu siap rasa labah-labah geletek kaki u olls. Pastu nak bergambar lah dengan si Fairy Godmother ni. Tapi dia kerek betul. Siap cakap "MOVE, we want to take picture". Pergh! Kalau aku sadung kaki kau sia-sia je. Haha.
 |
| Lagenda si katak |
 |
| Ni lah makcik kerek tu |
 |
| Over sangat1 |
|
|
|
 |
| Ni dalam 4D Shrek |
|
|
|
|
5. The Lost World
Jurassic Park Rapids Adventure is also great. I mean the dinosours were real. Kita akan duduk dalam tube bulat dan dia akan bawak kita menjelajah dunia dinosour. Perlu diingatkan harus memakai poncho. Sebab ride ni memang akan buat kita basah. I mean soaked bagi yang tak bernasib baik. Haha. Ada satu time tu memang rasa gerun sebab tube tu macam naik lif lepas tu, bukak je mata tengok T-rex betul-betul atas kepala! Omaigod. Luluh jap jantung ni ha. Overall the ride was awesome!
 |
Lompat 1
|
 |
| lompat 2 |
 |
| Ni tempat nak keringkan badan bagi sesiapa yg basah masa ride tu. $5 per entry |
6. Madagascar
Kat dalam ni rasa macam masuk dunia kanak-kanak sekejap sebab banyak karakter kartun-kartun yang dalam cite Madagascar tu. Sini ada rides jugak, dia bawak kita masuk dunia binatang-binatang ni naik sampan. Comel-comel belaka mereka. Ada satu time tu, Wanshah kena sembur air dengan zebra tu. So dia sorang je yang basah. Haha.
 |
| I like to move it move it! |
7. Sesame Street
Tak silap aku yang ini baru bukak je. So alang-alang dah bayar kita cuba jelah kan. Sekali rides tu lebih kepada budak-budak lah. I mean sangat kebudak-budakan. Hahaha. Tapi tak rugi pun kalau cuba kan? Takde gambar sebab rasa tak menarik pun. Haha
So itu theme park yang ada kat dalam tu, but bukan itu je yang Universal Studio Singapore ada. Situ pun ada buat show gak tapi ada time-time dia. Korang kena pandai bajet time lah untuk pastikan korang tak miss show-show yang ada kat situ.
1. Waterworld
- Show yang sangat awesome! Kat dalam tu ada 3 seating zone. Soaked, splash and dry zone. Soaked tu memang korang akan basah kuyup. Splash tu macam basah manja-manja dan dry tu of course lah kering. Kitaorang tanak basah so duduk kat dry zone. While waiting for the actor and actress tu bersiap, kami dihiburkan dengan persembahan daripada orang-orang dalam tu ( macam tak betul je ayat aku ni? haha ). Dorang main air dan basahkan orang yang duduk kat soak and splash zone tu. FUN OKAY! Then its showtime. Dari letupan, lompatan, tumbuk-menumbuk, kapal terbang terhempas semuanya lah sangat AWESOME! Rasa macam betul-betul tengok movie. Korang takleh miss show ni tau. Ada 2 show time sehari, pukul 12.30 dan 6.00 petang.
 |
| Seronok dia basahkan orang. |
2. Street Dance
- Yang ini paling aku suka sebab ada tarian breakdance dari Rockefeller Streeboys originate from Philippines yang sangat cool. Ingatkan dorang ni tau dance je, tapi dorang pun pandai entertain audience kay. Cayalah. 2 kali aku tengok show dorang ni. Best!

3. Light, Camera, Action
- Show ni pasal effect-effect
yang Steven Spielberg selalu masukkan dalam every movie dia. If im not
mistaken lah. Walaupun sekejap je show dia, tapi rasa real semua
effect-effect yang dia buat. Dari puting beliung tahap 5, letupan, hujan
ha semuanya lah. Puas jugak lah :)
So that's all cerita pasal USS, now sambung pasal budget ke sana.
Budget kami berempat
Flight- Rm 48 sebab kami pakai staff ID :P
Tune hotel- Rm 97 lepas dah divide by 2 bilik kosong lah tapi
Tiket USS- Rm165 normal tiket
- Rm 237 untuk Express pass
Shuttle bus- Rm25 return sorang
Ni tak campur makan, shopping, pengangkutan awam. Sap sap soi, Rm 500 jugaklah habis untuk sorang.




# Itu je kot entry untuk USS ni. Kalau boleh nak datang lagi sebab tempat ni sangatlah OHsemmmm! Chious! :)