blog

penyinggah

Thursday, 17 October 2013

Another unexpected trip :)

10 Oktober 2013.
Kami ni memang suka buat plan last minit. Mula-mula plan nak pergi Sunway Lagoon tapi atas sebab tertentu, kami tak jadi ke situ. Kemudian kami plan nak ke Penang, tapi bajet macam mahal melampau pulak dengan flight yang agak penuh, so tak jadi ke sana. Sehari sebelum kejadian, Mr. Boyfie usulkan cadangan untuk ke Melaka. Salah satu sebab ialah si dia ni suka sejarah. So here we are at Melaka :)

1.  Kota A Famosa is our first destination. Actually aku dah bosan dengan tempat tu, so ajaklah si dia pergi Istana Kesultanan Melayu Melaka. Aku dah pernah pergi, so bolehlah brief dia sikit2 tentang apa yang berlaku masa zaman Kesultanan Melayu dulu such as the story of Hang Tuah and Hang Jebat . *feeling tourist guide jap. Hehe.


2.  Proceed pergi Memorial Kemerdekaan. Dalam tu macam-macam sejarah tentang sejarah macam mana negara kita dapat kemerdekaan. Pasal MIC, UMNO and etc. Seronok betul si dia membaca dan memahami setiap fakta yang ada. * Terus-terang aku tak paham and fail sejarah bab-bab ni. Hehe.

3.  After that, kitaorg proceed pergi naik St. Paul. Jenuh gak nak mendaki lepas lama tak exercise ni. Semput mak jemah. Haha. Tapi best naik atas tu sebab angin sejuk plus suka tengok uncle main gitar kat situ. Rasa romantik pulak keadaan tu. Puihhh! *Naik semata-mata nak tangkap gambar je pun. :P

Pandang-pandang konon. Haha

Aku si ketot

Sila muntah sekarang. Haha

4.  Dah jenuh posing-posing bagai, maka kami pun bergeraklah ke replika kapal Samudera ( Flor de la mar ). Dari start aku belajar lagi aku nak naik, tapi tak kesampaian. Bukan apa, just nak rasa naik kapal besar je. Bukan nak tengok isi kandungan dia pun. So today is the day! And yeah! *motif? Hehe.


5.  Dah habis naik kapal tu, en boyfie nak naik cruise lak. Okay jugaklah sebab tak pernah naik lagi benda tu. Haaa! Kat sini, si penjual tiket tu kena marah dengan boyfie saya sebab dia sangatlah biadap. I mean untuk front desk macam kau, kenalah ada budi bahasa, kalau susah sangat pun kasi senyum kejung kat orang pun takpelah. Haa, sudahnya kena sound, itu makannya. Haha. It was okaylah sebab dia bawak kita round kawasan belakang bangunan-bangunan kat situ. I mean dia bawak kita round kat kawasan Sungai Melaka tu. Ada pulak biawak berenang-renang ketepian dan juga tak kurang buat aksi kuak lentang. Hehe. Price pun berpatutan sebab untuk pemegang Mykad Rm 10 je.


sila abaikan muka yang berkilat tu. Haha

6. Dah puas pusing sekitar sungai melaka tu, kitaorang pun bergeraklah ke kawasan Stadhuys. Nak naik menara Taming Sari. tapi aku dah pernah naik so sangatlah gayat. Terpaksa hampakan permintaan en boyfie. Jalan-jalan kat area kubu, Victoria Fountain dan menara jam Tan Beng Swee. Bergambar satu dua tiga empat dan berangkatlah kami. Hehe. 



Dah penat berjalan pusing-pusing satu Bandar Hilir tu, kitaorang pun pergilah kat Dataran Pahlwan nak cari barang sikit. Jalan beli barang. Basahkan tekak yang kering tu. Tetibe en boyfie ni nak tukar baju pulak sebab baju dia dah busuk plus kotor sebab peluh kan. So pergilah ke parking lot, after dia dah habis tukar baju, dia bagi satu box kecik kat aku. OMG! Aku dapat cinicin! Rasa nak menari lagu Beyonce im single ladies je. * yelah, boleh tayang cincin kan. Hehe. Thanks for the ring baby :)

Last but not least before balik, tempat wajib singgah iaitu Asam Pedas Claypot Kota Laksamana. Terbaik sebab dulu time study memang suka makan kat situ. Makan kenyang-kenyang and ingat nak continue pergi Jonker Walk tapi tak kesampaian sebab tutup. Hmm maybe another time lah kot kay.  Thanks again Malacca for the wonderful moments.  


# Thanks again for this lovely ring. Really love it! * sambil menari lagu im single ladies. Haha