blog

penyinggah

Friday, 22 November 2013

Kadang-kadang

Kenapa hidup mesti ada pilihan? Dan kenapa pilihan itu kadang-kadang menyakitkan? Selalunya manusia mesti hendak yang terbaik untuk diri dan juga orang lain. Kadang-kadang sampai harus berpikir panjang untuk membuat sesuatu pilihan yang tepat dirasakannya. Rumit untuk berada dalam keadaan sebegitu. Benci apabila perlu memilih. Kerana dalam sesuatu situasi harus diingati, ada hati yang perlu dijaga.


Kadang-kadang kita tak pernah terlintas untuk menyakiti hati seseorang yang kita sayang itu. Hanya berniat untuk yang terbaik untuk dirinya. Cuma kadang-kadang itu juga kata-kata atau perbuatan itu selalu di salah tafsir. Tak tahu di mana silapnya. Tak tahu di mana khilafnya sampai selalu terjadi begini. Ye, diri ini mengaku tiada manusia yang sempurna, tiada. Termasuk diriku sendiri. Tak dapat melarikan diri dari masalah. Sebab itulah terjadinya pilihan. Pilihan yang akan menentukan apa yang bakal terjadi di masa depan. Sama ada baik ataupun tidak, ingatlah yang menentukan pilihan itu bukan orang lain tapi diri kita sendiri. Pilihan yang akan menjadi titik kebahagiaan atau pun meninggalkan kesan hitam pada diri ini.


Sekiranya kita telah membuat pilihan yang salah, jangan mengeluh melatah mengesali. Bangun dan lantas ingatlah bahawa jangan mengulangi perbuatan yang sama. Ingat yang kita boleh berubah kearah yang lebih baik.


Mungkin benar aku terlalu leka sehingga melupakan-Nya. Bukan mungkin lagi, tapi itulah kenyataannya. Aku dah terlalu leka sehingga melupakan-Nya. Mungkin kerana itu nikmat kebahagiaan aku di tarik supaya segera mendekati-Nya semula.


p/s : Ingat, pilihan kita, kita sendiri yang tentukannya.