Bermacam-macam dugaan yang menimpa keluargaku kebelakangan ni. Kebanyakkan semua melibatkan duit. Kadang-kadang terdetik, terlintas fikiran kenapa keluargaku tak seperti orang lain yang cukup dari segi kewangan dan kebahagiaan. Ye, aku tahu keluargaku bahagia. Cuma bahagia tanpa duit pun tak bererti juga.
Sedih melihat adik-adikku seminggu lebih makan nasi goreng kosong je, itu pun berebut-rebut. Pilu. Tak sampai hati melihat situasi begitu. Merengek mintak lagi, mak berikan Milo. Itupun secawan je yang ada. Abah hanya mampu melihat, aku faham apa yang abah fikirkan. Banyak tanggungjawab bergelar seorang bapa. Bukan senang juga menjadi seorang ibu.
Bukan tak mahu membantu, tapi tak tahu bagaimana lagi caranya. Aku hanya mampu memberi apa yang terdaya. Adik-adik selalu berkata tentang kawan-kawan mereka yang pergi bercuti sana sini. Aku tahu, aku faham perasaan mereka. Aku juga mengerti yang bukan sengaja abah tanak bawa bersiar-siar cuma tak lama lagi sekolah akan bermula, so bermaksud banyak perbelanjaan yang diperlukan. Percutian itu bukan keutamaan kami sekeluarga kerana duit dan masa tu lebih berharga dari dibazirkan begitu sahaja.
Adik lelaki pulak selalu boros. Yelah, sejak dari dulu pun kami di ajar berdikari. Aku paham yang dia cuma ingin menikmati apa yang dia hajati selama ini. Cuma kadang-kadang perangai dia selalu buat abah dan mak runsing. Tak kurang juga dengan aku yang kadang-kadang selalu juga memberi masalah. Maafkan kami mak abah. Kami cuma nak merasa apa yang budak sebaya kami rasa. Menggunakan kudrat kami sendiri.
Tapi aku rasa aku bertuah kerana dikurniakan seorang teman dan sahabat yang sangat memahami dan sentiasa memberi sokongan tak kira waktu. Bukan setakat sokongan, malahan wang ringgit juga di saat aku betul memerlukan. Harus kau ketahui wahai teman suka dukaku, aku bersama dengan kau bukan untuk harta, tapi untuk berkongsi segalanya dalam hidup ini. Walaupun aku bukan dari golongan yang senang macam kau, tapi aku terharu kerana kau sanggup menerima keluarga aku juga.
# Kita selalu merungut itu ini, sedangkan kita tahu yang ramai lagi daif dari kita. Cuma itulah, manusia tak pernah reti bersyukur.