blog

penyinggah

Friday, 3 January 2014

New year and hopefully new me

Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Sememangnya setiap tahun ada azam yang akan atau mungkin akan di realisasikan. Bunyi macam klise kan? Tapi itu adalah hakikatnya. Bergantung kepada tekad dan kegigihan sesorang individu tersebut. Bagi aku, tak salah untuk melakukan perubahan bukan?

Berfikir sejenak apa yang telah terjadi kepadaku sepanjang 2013. Ada suka dan duka. Aku pasti setiap manusia di muka bumi ini tak terlepas dari pengalaman tersebut.

Suka

Tahun ini aku telah di pertemukan dengan on my other half. Dia pelengkap hidup aku buat masa ini dan In Shaa Allah sehingga ke Jannah. Segala pahit manis aku kongsi bersama dia. Terima kasih kerana hadir dalam hidup aku wahai kekasih.

Dalam tahun ini juga aku berpeluang mengembara ke segelentir tempat. Johor Bahru, Singapura, Langkawi and Melaka day trip, naik Menara KL, doing some extreme things such as canopy walk, camping dalam tengah hutan dan buat kerja gila ( memang aku takkan lupa ). Mungkin bagi sesetangah orang akan berkata yang trip tu semua AYAM, tapi itu adalah antara moment terhebat dalam hidup aku.

Duka

Hmm, bagaimana harus aku mulakan. Aku kehilangan rakan-rakan baikku. Bukan bermakna putus kawan, tetapi mereka memilih untuk bergerak haluan masing-masing. Ada yang dah pulang ke kampung halaman Sarawak, ada yang berhenti kerana mahu bertunang dan yang lagi seorang ni. Tak tahu apa punca sehingga sekarang bermasam muka seolah aku dah buat kesalahan besar yang tak dapat dimaafkan. Tapi tak mengapalah, Iffa dan Darlene masih lagi menjadi sahabat baikku walaupun jarang bertemu. Apa yang penting aku sayangkan mereka.

Dugaan sentiasa menimpa hamba-Nya dengan harapan kita tak melupakan Dia.

Itu adalah antara moment-moment yang terjadi dalam hidupku. Kalau nak di karang lagi, seumur hidup pun tak habis. Kerana apa yang terjadi itu semuanya ada hikmah. Kita sebagai manusia harus sentiasa sedar dan muhasabah diri.

Apa pun tahun baru ni, aku akan cuba berubah menjadi MANUSIA. Teruk kan kedengaran? Tapi itulah hakikatnya, setiap manusia berhak untuk memilih kehidupan mereka sendiri dan bagi aku? Aku memilih untuk menjadi yang lebih BAIK dan jauh lebih berguna dari tahun sebelumnya.

# Doakan :)