blog

penyinggah

Monday, 6 August 2012

Ibarat

Aku boleh ibaratkan hidup aku seperti buih-buih di udara,
Bila ditiup, barulah aku keluar,
Perlukan seseorang supaya boleh menolak aku menghadapi realiti hidup,
Bukan sengaja aku menyendiri,
Tapi aku tidak kuat untuk melawan rintangan yang ada bersendirian.

Apabila telah ditolak keluar,
Bersama dengan sokongan mereka yang menyayangi aku,
Aku mengorak langkah ke dunia ini,
Dengan harapan aku boleh terbang tinggi dan tinggi lagi,
Tanpa memandang lagi apa yang ada di belakang.

Bila aku sudah terbang tinggi,
Aku berharap yang aku tidak akan berhenti disitu sahaja,
Walaupun aku tahu,
Setinggi mana aku terbang,
Aku pasti akan jatuh,
Kerana bila detik itu tiba,
Aku tahu aku telah jumpa apa yang aku cari dalam hidup aku.