blog

penyinggah

Wednesday, 3 December 2014

Bali Day 1

Isnin 10 November 2014

Seawal pukul 4 pagi dah gigih bangun nak bersiap-siap. Sebab nak kejar flight en boyfie pukul 9.15am kat KLIA2. Nak naik train bagai dari KLIA so kena siap cepatlah. Kitaorg naik separate flight since dia bukan lagi staff FY. Aku, Ida  dan Panjang naik MAS and Alan naik Malindo. Bila en boyfie dah sampai KLIA2 dia terus call bagitau yang flight dia delay 10.30 pagi. Adoi. nasib kitaorang punya flight on time. So lepas settle checkin semua, berlepaslah kami ke departure gate. The best part is, kitaorang kena naik train untuk ke terminal/gate C37. Syiokkk! Jakun sebab first time. Hehe.


Sampai je kat Ngurah Rai Airport pukul 12.00, memang amaze sebab airport dia cantik and sistematik. Sementara tunggu Alan yang tak kunjung tiba, kitaorang pergi melantak kat Bangi Kopitiam sebab semua dah kebulur. FYI, kat Bali ni kena pandai cari makanan halal. Sebab majoriti orang kat sini 90% Buddha. Tunggu punya tunggu, takde nampak pun batang hidung Alan. Rupanya flight dia depart pukul 11.30! 2 jam delay, so arrived pukul 2.30 petang. Terus kitaorang call supir Pak Suparto Nyoman yang dah lama terpacak kat situ pukul 12.30. Kesian deh lu. Haha. Disebabkan dah letih dek menunggu flight delay tu, kitaorang terus suruh supir tu hantar ke hotel kami iaitu Rabasta Beach Kuta. Okay untuk penginapan kami selama 5 hari 4 malam tu, kitaorang amik 2 deluxe room. 1 malam Rm30 kot tak ingat lah tapi total aku bayar untuk 5 hari tu Rm90 je. Murah kan? tapi! kalau untuk sesiapa yang nak bajet trip aku recommend kat sini lah. If nak stay kat hotel lama-lama aku tak galakkan sebab memang sempit bilik dia but comfortable. Tu je nak cakap untuk hotel.


Untuk hari pertama ni kitaorang just stay hotel dan malam pusing cari makan kat area Kuta je dengan menaiki motorsikal. Disebabkan susah nak hafal jalan dan takut sesat, kitaorang decide makan KFC je. Haha. Travel jauh-jauh makan KFC.

ps: gambar untuk first day ni langsung takde sebab kepenatan yang amat. ZZZZ!