Rabu 12 November 2014
Harini seawal pukul 730 pagi dah bangun sebab supir dah bagitau dia akan datang pukul 8.30 pagi. Untuk harini kitaorang amik supir yang sama masa datang dari airport haritu. Dia charge 600 ribu rupiah untuk the whole day. Quite expansive sebenarnya sebab boleh dapat yang lagi murah so korang kena pandai cari. Untuk starting kitaorang makan megi dalam bilik je so that sempat tahan untuk makan tengahari.
Barongan Dance
Destinasi pertama adalah Barongan Dance. Okay basically aku tak paham sangat jalan cerita dia sebab banyak sangat dewa itu ini. Cuma bak kata supir tu, kalau datang Bali tak tengok Barongan, tak lengkap lah. Bayaran sebanyak 100 ribu rupiah seorang dikenakan untuk menonton Barongan. Uniknya, yang mengiringi cerita ini ialah pemain muzik tradisional. So takde muzik rnb, pop jazz bagai. Dalam tengah syok menonton tu jugaklah satu insiden mengelikan berlaku. Dimana aku terasa gatal semacam je belakang aku. Garu-punya garu sekali anak cicak laaa! Memang terus lompat buang jelah. Adoi!!
 |
| Penyambut tetamu |
 |
| Ramai gak yang datang tengok |
 |
| Pemain muzik. |
 |
| Kami |
 |
| Harimau yang menakutkan |
 |
| The Barongan & Keris Dance |
Dalam perjalanan nak ke destinasi kedua, supir suruh kitaorang tengok sambil lalu je ukiran patung paling cantik yang diperbuat daripada silver. Memang unik dan cantik lah.
 |
| Diperbuat daripada silver |
Batik Painting
Destinasi kedua kami adalah Batik Painting. Bagi aku ini biasa je sebab kat Malaysia pun ada. Tapi dah supir tu bawak ke sini, just usha lah mana tau ada kelainan dari Malaysia punya painting. Basically sama je semua, takde beza sangat. Cuma kat sini nak shopping hasil batik dia murah. So aku beli satu handbag batik untuk bakal mak mertua. Kena lah pikat hati kan nak jadi bakal menantu. HEHEHE!
 |
| Penuh ketelitian |
 |
| Dihadapan hasil ukiran batik |
Silver Carving
Next supir bawa ke tempat pembuatan silver. Ada satu makcik tua yang kerja kat sini, nampak masih cergas lagi dan mata dia masih segar. I mean cara dia letak satu persatu silver tu kat subang amatlah teliti. Takde apa sangat pun kat sini. Dorang jual hasil kerja pembuatan silver tu je kat dalam tu.
 |
| Tengok cara dia lekat satu per satu butir silver tu. Hebak mungggg! |
K
opi Luwak
Next destination is Kopi Luwak. Okay meh nak explain apa itu luwak. Luwak adalah binatang yang menghasilkan kopi ni. Lebih kurang macam musang tapi dia memang tido waktu siang. Malam adalah waktu di mana dia menghasilkan benih-benih atau biji-biji kopi. Kopi luwak adalah kopi paling mahal di dunia, kalah Starbucks okeyyyhh! Kat sini masuk free, test minum air pun free. Unless kalau nak try kopi luwak je kena bayar 50 ribu rupiah. Tapi base on research yang aku dah buat, kopi luwak ni haram, so takyahlah try- try. Lepas try semua kopi yang ada, if rasa nak lagi, boleh beli kat kedai souvenir.
 |
| Buah koko. First time tengok. |
 |
| Si Luwak pemalas tido siang. Malam baru nak berak. Haha. |
 |
| Tahi si luwak yang dah jadi biji kopi |
 |
| Tahi-tahian |
 |
| Nampak tak seketul lagi tu? eeuuuwww |
 |
| Ditumbuk menjadi serbuk kopi |
 |
| Muka geli pegang tahi. Haha |
 |
| Lulus tak saya ni makcik nak kawin? Hehe |
 |
| Tester |
 |
| Kopi yang penuh dengan khasiat |
 |
| Kedai jual kopi dan cenderahati |
 |
| Luwak pemalas |
 |
| Bye-bye luwak.... |
Kintamani Gunung Batur
Ni tempat yang paling aku nak pegi yang ada dalam list aku. Sebab view dia cantik dan sungguh tenang. Last gunung berapi ni meletus adalah pada tahun 2000 kalau tak silap aku. Lepas tu dia dah tak aktif lagi dah so far. Kat atas ni boleh nampak gunung ni still ada kesan hitam terbakar dek lava. Very peacefull tapi lepas penjual ambush datang terus tak peacefull lagi. Haha. Macam-macam dorang paksa kau beli. Susah nak tolak, tapi buat bodoh jelah. Bak kata supir tu, kat area Kintamani ni orang lelaki mostly duduk rumah dan yang perempuan keluar bekerja. Bahkan ada perempuan yang kerja buruh binaan. Gila pemalas laki Kintamani ni. Kitaorang sampai sini dalam pukul 2.30 macam tu. Barulah dapat makan. Gila lapar kot. Nasib makan style buffet so makanlah sampai pengsan. Makanan pun sedap. Kat sini bayaran yang dikenakan dalam
RM 20-30 lah. Tak ingat berapa harga dalam rupiah. Berlatar belakangkan gunung tu, rasa best sangat.
 |
| Nampak tak kesan hitam tu? |
 |
| Love at Kintamani. Haha |
 |
| Simple tapi sedap |
 |
| Interior design dalam restaurant |
 |
| Pasangan paling memeningkan. Haha |
 |
| The other side of the restaurant |
 |
| Selamat datang ke teratak saya. Waduh-waduh. |
 |
| Omnomnom |
 |
| Si Gemuk. Hehe |
Tegalalang Rice Paddy Field
Last destinasi kitaorang untuk harini ialah Tegalalang Rice Paddy Field. Ni pun aku nak sangat pergi. Tempat dia hijau, tanaman yang subur, padi bertingkat-tingkat. Aku dah tak ingat berapa bayaran masuk tapi murah je. Berbaloi datang sebab kat Malaysia takde padi bertingkek-tingkek. Tapi kalau stamina tu kureng takyah lah turun sampai bawah sebab extreme jalan dia. Yelah selut lumpur bagai. Kalau okay macam kitaorang then proceed lah. ( okaylah sangat) Hahaha.
 |
| Cantiknya tak terkata |
 |
| EEEHHH kita sama putih. Hahaha |
 |
| Perjalanan ke bawah |
 |
| View dari bawah |
 |
| Antara restaurant yang available tapi tak pasti halal ke tak |
Okay scene kat bawah ni memang a bit cheezy tapi untuk kenangan. Ntah apasal mamat ni tetibe gedik nak pose macam wedding pulak. Layankan jelah. Hahahah.
 |
| Im trying not to laugh |
 |
| It turn out very well actually |
 |
| K jap jap |
 |
| Hahahaha. Dah tak boleh tahan dah. |
Lepas balik je dari Tegalalang dalam pukul 5.30 macam tu, semua dah KO dah sebab seharian berjalan non stop. Letih dan kebulur masing-masing dan aku mencadangkan untuk pergi makan bakso. Supir pun bawak makan bakso yang sedap kat area Kuta. * terliur pulak sekarang ni nak makan. Harga pun murah sebab dekat warong biasa je.
 |
| Nampak tak keserabaian aku lepas satu hari berjalan? Haha |
 |
| Nilah supir kami iaitu Pak Suparto Nyoman |
Malam pulak lagi sekali mandi pool sampai almost pukul 12. Lepas tu terus tido tak ingat apa dah. Haha.
*Terimas ya atas perkhidmatan bapak untuk seharian ini. Kami enjoy bangett. Esok sambung lagi yaa :)