blog

penyinggah

Wednesday, 10 December 2014

Bali Day 4

Khamis 13 November 2014

For our last day kitaorang amik supir yang lain dengan harga yang jauh lebih murah which is only 350 ribu rupiah. Plus supir Pak Adi ni orang Islam so senang sikit nak deal pape pun. Seawal pukul 830 dia dah terpacak kat depan hotel kitaorang. 

Tanah Lot

Ni destinasi pertama, Tanah Lot. Bayaran masuk ke Tanah Lot ni sepatutnya 30 ribu rupiah tapi thanks to Pak Adi kitaorang dapat price local which is only 15 ribu rupiah je. Tapi kitaorang tak boleh bersuara, takut kantoi pelancong. Katanya Pak Adi ni 4 orang dari Jakarta. Hehe. Waduh-waduh gawat. 

Dalam mobilnya Pak Adi
Entrance Pura Tanah Lot
Sepanjang jalan nak ke area temple Tanah Lot ada banyak kedai jual souvenir
Standart pintu masuk setiap temple memang ada pintu gerbang macam ni
Pura Tanah Lot
Tempat sembahyang mereka
Dalam ni tak boleh masuk
Ramai orang
Temple mereka. Nak masuk dalam tu kena mandi air Holy water bagai. so malas lah nak masuk.

Ingatkan semalam je dia ni buang tebiat, tapi harini dia buat lagi. Siap nyanyi lagu hindustan lagi. Haha.

Nampak macam normal kan? Tunggu kejap..
Suka lak dia nyanyi hindustan
Acacaca.. muje pyar kartehe. Hahaha. Amaa!
K stop jom pose. Hehe
Pasangan complicated dalam dunia. Haha
Panorama
Tenang je tengok ombak

Lepas habis tangkap gambar kat Tanah Lot semua, kitaorang pergi tengok Snake Temple yang ada kat situ jugak. Saje nak tengok apa yang ada kat situ. Last-last jumpa Cik Eyeliner Tebal ( burung hantu ), ular gemuk-gemuk dan En Batman. Takde bayaran dikenakan untuk masuk sini tapi kita boleh bagi sumbangan sebelum balik. Tujuan sumbangan tu untuk menjaga habitat-habitat yang ada kat situ. Takyah kemut sangatlah okayhh?

First time aku tengok burung hantu depan mata. Pinjam eyeliner sikit? Hehe
Besar bak hang kelawar ni
Lama jugak kitaorang spend masa kat Tanah Lot dalam sejam lebih. Dalam pukul 11 dah gerak dari situ untuk memenuhi nafsu makan. Pak Adi bawak kitaorang menjamu selera nasi padang. Kat sini style dorang hidang makanan full table. Means dorang bawak semua lauk yang ada letak atas meja, tapi tak semua lah korang nak bedal kan. Pilihlah mana je korang nak makan dan dorang kira yang mana korang amik je. Tanak letak je kat tepi. Kat sini lauk yang paling best rendang daging dengan sambal merah dia. Makan cengitu je. Perghhh! 4 pinggan kot sambal kitaorang bedal pastu sedut-sedut hingus. Hahaha.

Lauk pauk kami
Ni yang letak tepi
Total cost makan. Mahal jugak sebenarnya. Tapi berbaloi :p
Lepas makan ni Pak Adi bawak kitaorang pegi beli souvenir kat Hawaii Bali. Okaylah price dia. Dekat sejam lebih gak borong barang-barang kat situ. Hehe.

Pantai Pandawa

Pak Adi bawak kitaorang ke pantai Pandawa, Kat sini takde orang surfing sebab ombak dia tak kuat, banyak orang kayak/kanu je.


Pantai Padang-padang

Next Pak Adi bawa ke pantai Padang-Padang. Yang uniknya tentang pantai ni sebab entrance nak ke pantai tu. Macam nak ke gua turun anak tangga. Kat sini ramai orang surfing dan terpencil sikit tempat dia.


Uluwatu Temple

Last destinasi kami adalah Pura Luhur Uluwatu. Sampai sini dalam pukul 445 petang macam tu sebab nak tengok Kecak Dance pukul 6 berlatar belakangkan sunset. Bayaran masuk macam biasa Pak Adi uruskan as a local so murah sikit. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 15 ribu rupiah dan untuk Kecak adalah 100 ribu rupiah per head. Sebelum masuk, setiap pengunjung kena pakai kain warna oren atau ungu. Ini macam kita pakai tudung masuk masjid, so same goes here. Untuk menghormati temple sini memang kena pakai. Kain tu kita akan dapat once bayar tiket masuk.The view here i tell u, tak terkata cantiknya. Ombak dia jernih macam buih sabun. Tenang sangat-sangat. Indah sangat ciptaan Allah.

Serba sedikit tentang Uluwatu
Mulakan perjalanan mendaki
Restricted area
Love in Uluwatu
Ive fell in love with this view

Seawal pukul 530 aku dah ajak dorang semua gerak tengok Kecak. Sebab base on apa yang aku dah research, better datang reserve seat awal so that kita boleh view sunset sekali dengan Kecak. Basically apa yang aku paham tentang tarian Kecak ni, mengisahkan tentang seorang dewa jahat nak kat puteri yang cantik, tapi of course lah puteri tu tanak kan. Haha. Banyak karakter ada dalam tarian ni, of course lelaki-lelaki yang buat muzik dengan mulut diorang, monyet, tok bomoh dan banyak lagilah.

Penonton mula memenuhi 
Cak kecak kecak cak!
Sunset!
Nampak tak ada puteri?
Monyet datang kat audience. Scary okay!
Fireball

Lepas habis show kecak selama sejam, sangkut dalam jem dekat 30 minit, baru lah dapat pergi makan. Kali ni kitaorang decide nak belanja Pak Adi makan sebagai tips sebab dia supir yang sangat best! Dia bawak kitaorang pekena pecalele lagi sekali. Awesome gila sambal dia. Haha.

Penangan sambal pecalele. Haha
Malam tu kitaorang sampai hotel dalam pukul 9. Letih bak hang! Tapi tak habis lagi enjoy sebab malam ni last kat Bali so swimming dan lepak dekat pool sambil makan sate. Terbaikkk! Hehe